
Kita tertanya apa sebenarnya beza antara politik wang dan rasuah politik? Kita lihat seakan ada tanda soal dalam melihat keadaan yang wujud seolah-olah UMNO parti yang telah matang ini tidak dapat menyeragamkan makna politik wang dan rasuah politik yang ada. Kita lihat Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin yang menyebabkan beliau digugurkan kelayakan untuk bertanding tetapi tidak digantung keahliannya. Beliau dilaporkan turut melakukan perbuatan membeli undi melalui agen beliau. Namun menggugurkan hak bertanding tidak disertai dengan pergantungan sebagai ahli dan tidak pula di caj ke mahkamah.
Apa beza dengan kes Norza Zakaria baru-baru ini. Adakah kerana siapa yang menangkap maka cara pelaksanaan hukuman kesalahan berbeza beza. Persoalan kembali apa bezanya politik wang dan rasuah politik dan kenapa ada perbezaan antara tangkapan SPRM dan penilaian Jawatankuasa Disiplin pada corak dan kes yang serupa. Ada yang boleh bagi penjelasan supaya kita tahu bezanya antara politik wang dan rasuah politik dalam konteks membeli undi? Persoalan yang kedua – kenapa Ali Rustam tidak digantung keahliannya seterusnya menggugurkan beliau dari jawatan Ketua Menteri Melaka kerana kesalahan rasuah politik atau politik wang dilakukan oleh beliau. Untuk reformasi dalam UMNO yang dilaung-laungkan oleh Najib hari ini – apa yang jelas ialah UMNO masih keliru dalam isu rasuah politik atau politik wang yang pengkhususannya adalah sama – membeli UMNO. Apa kata kita dalam isu ini – adakah ini menunjukkan UMNO sudah mula bergerak ke arah pemulihan? - Umni Reform
No comments:
Post a Comment