30 March 2009

Ahli Pekida dihukum gantung

SHAH ALAM 30 Mac - Seorang lelaki suku Suluk dari Sabah yang juga ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang lelaki Bajau.

Irwan Amat, 32, sebelum ditangkap bekerja sebagai penarik kereta didakwa membunuh Jibal Salim, 34, buruh, pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2003 di ruang letak kereta antara blok Anggerik dan blok Cempaka, Country Homes Rawang dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa menikam Jibal sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam hingga isi perut mangsa terburai. Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan serius. Doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan bahawa tali perut, usus besar, salur kencing terpotong hingga menyebabkan berlaku kebocoran air kencing. - Utusan

No comments:

Post a Comment