KUALA LUMPUR 24 Mac - Meskipun sibuk dengan urusan Perhimpunan Agung UMNO Ke-59, para perwakilan dan pemerhati yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak akan terlepas perkembangan terbaru yang berlaku di seluruh dunia.
Ini berikutan persetujuan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) dan Bank Rakyat menaja sebanyak 50,000 naskhah percuma akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk diedarkan sepanjang berlangsungnya perhimpunan.
Pegawai Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan, Nik Anura Nik Abdul Rahman berkata, perwakilan dan pemerhati terlibat masih berpeluang mengikuti perkembangan semasa dengan adanya naskhah percuma kedua-dua akhbar tersebut.
Menurutnya, Kumpulan Utusan turut menjanjikan pelbagai pemberian lain kepada pembaca setia Utusan Malaysia dan Kosmo!.
"Sebanyak 7,500 naskhah Utusan Malaysia dan 2,500 naskhah Kosmo! akan diedarkan setiap hari sepanjang lima hari perhimpunan itu berlangsung.
"Bagi menghargai pembaca setia, para pengunjung yang mengumpul empat masthead Utusan Malaysia atau Kosmo! mulai 25 Mac sehingga 28 Mac ini bakal menerima cenderamata menarik daripada Kumpulan Utusan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Nik Anura menambah, penebusan cenderamata itu boleh dibuat di gerai Utusan di Lot K-10 dan K-11 ruang legar PWTC pada hari terakhir perhimpunan.
Selain cenderamata, para pengunjung gerai Utusan turut berpeluang menerima 500 naskhah majalah Al-Islam berwajah baru di gerai Utusan pada hari terakhir perhimpunan itu nanti.
"Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah bakal menyempurnakan Majlis Pelancaran Wajah Baru Al-Islam di gerai Utusan Sabtu ini.
"Pada majlis itu, 500 pengunjung terawal bakal menerima majalah berwajah baru itu secara percuma sumbangan Ketua UMNO bahagian Serdang, Datuk Mohd. Fathil Daud," katanya.
* Sebab tak laku
* Seramai itu, seorang sahaja yang singgah.
No comments:
Post a Comment