10 February 2009

Waran tangkap Osman Jailu, AJK PKR

Mahkamah Majistret Ipoh keluarkan waran tangkap terhadap Adun Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu kerana tidak hadir kes rasuah projek pembangunan bernilai RM180 juta.

Bekas Adun PKR itu, yang kini wakil rakyat bebas, sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah bersama seorang lagi rakannya Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) - yang juga tidak hadir.

Jamaluddin menyerahkan sijil sakitnya kepada mahkamah, tetapi Mohd Osman tidak berbuat demikian.

Waran tangkap juga dikeluarkan terhadap ahli perniagaan Usaili Alias, seorang ahli jawatankuasa perhubungan PKR Perak, atas alasan yang sama.

PKR mendakwa pertuduhan rasuah terhadap Mohd Osman dan Jamaluddin akan digugurkan sekiranya mereka melompat kepada BN.

"Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan
pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10 Februari," kata pengerusi perhubungan PKR Perak, Osman Abdul Rahman hujung bulan lepas, beberapa hari sebelum kedua-duanya meninggalkan PKR.

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib, termasuk menggugurkan kes rasuah mereka."

Mahkamah menangguhkan perbicaraan ke 15 dan Feb. - Malaysiakini

1 comment:

  1. Wayang kulit berjudul manusia separuh katak yang ditaja UMNO sedang bermula.

    Babak pertama "waran tangkap olok-olok"

    Babak kedua "manusia separuh katak serah surat sakit"

    Babak ketiga "kes ditangguhkan sehingga kerajaan negeri perak yang baru dilihat halal"

    ReplyDelete