Jangan hina Raja Melayu
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris) - Utusan
Kalau ditinjau secara teliti tiada ssesiapa dalam Malaysia ini samada dari bangsa melayu, cina, india atau lain-lain kaum yang akan menghina raja melayu tanpa sebab.
ReplyDeleteSetiap peristiwa yang berlaku pasti ada punca kejadiannya. Sila siasat apa puncanya. Kenapa nak salahkan rakyat tidak menghormati raja...?
Semua orang boleh memberi komen yang hebat-hebat namun tidak seorang pun yang menghuraikan keadaan sebenar.
Segala kejadian yang berlaku dalam politik negeri perak adalah berpunca dari rasuah. Dan rasuah inilah yang membunuh demokrasi serta menjadikan negeri perak berkeadaan huru-hara.
UMNO menggunakan rasuah terhadap 3 ADUN PKR agar keluar parti untuk merampas kuasa dari Pakatan Rakyat. Tetapi dalam masa yang sama UMNO tidak mampu bertarung dalam pilihanraya untuk menang.
Oleh kerana itu UMNO terpaksa berlindung dibelakang sultan untuk mendapat kemengan percuma.
Dalam pada itu Sultan Perak juga memerlukan UMNO untuk menyokong mengekalkan kuasa rajanya sehingga ketangan Raja Muda Nazrin.
UMNO dan Sultan Perak adalah dua lembaga sedang melakukan rasuah antara satu sama lain untuk menjaga kepentingan diri masing-masing. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan !
Persoalannya siapa yang menghina raja melayu...?
Orang yang menghina raja melayu adalah DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri),
MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO),
DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),
JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida),
IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa),
FERIZ OMAR (Presiden Prowaris),
Utusan.
SOKONG KOMEN ANONYMOUS 1...
ReplyDeleteSAYA SANGAT SETUJU