Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pera k bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas menunggu selama lima hari untuk mendapat berita daripada dua exco kerajaan negeri yang 'hilang'.
Menteri Besar, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hari ini kerajaan negeri akan membuat laporan polis mengenai ‘kehilangan mereka' selepas berbincang dengan keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR terbabit.
Mohammad Nizar juga menggesa kedua-dua Adun tersebut - Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu - supaya tampil kehadapan walaupun jika mereka sudahpun memutuskand untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan ada kemungkinan kedua-duanya akan menyertai BN.
Bercakap kepada pemberita pagi, Abdullah yang juga pengerusi BN berkata, beberapa wakil rakyat Pakatan di Perak akan melompat menyertai BN tidak lama lagi.
Awal hari ini, Mohammad Nizar mengadakan satu mesyuarat dengan semua wakil rakyat dan pemimpin Pakatan untuk membincangkan mengenai kehilangan dua Adun PKR tersebut.
Mesyuarat tersebut diadakan di kediaman rasmi Mohammad Nisar di Ipoh. - Malaysiakini
* Mengapa setiap kali melibatkan Najib, ada sahaja kes orang hilang?
No comments:
Post a Comment