13 February 2009

Baru beberapa hari merampas. lanun di Perak mula merompak duit rakyat


RM720,000.00 setahun ‘biayai’ tiga penasihat Perak

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - “Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elaun percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjata api.”

“Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.”

Demikian dinyatakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zamby Abd Kadir yang dituduh menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Nga setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.

“Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut semalam

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham dan para penyokong parti tersebut.

Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Dato’ Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Dato’ Chang Ko Youn (Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Dato’ S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Dato’Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

http://www.harakahdaily.net

2 comments:

  1. Semuga rakyat dan pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau menolak perkhidmatan UMNO-BN dalam pilihanraya kecil 7hb. april 09 nanti, kerana baru beberapa hari mentadbir Menteri Besar Haram dan kuncu-kuncunya telah merompak harta rakyat.

    Kerja belum buat upah telah disapu dulu.

    ReplyDelete
  2. tapi tak pa kan! sebab perompak ini berlesen,lagi pulak lesennya di keluarkan oleh raja bersiong yang diwar warkan paling bijak tu.

    bijak kena tipu dgn setan NajissssB

    ReplyDelete