KUALA TERENGGANU: Bekas 'orang kuat' Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd Nor mahu mendedahkan surat bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai percubaan berdamai seminggu selepas dipecat, di sini minggu ini.
Ezam mengumumkan pendirian itu malam tadi, sehari selepas mendedahkan yang Anwar pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Dr. Mahathir lebih sedekad lalu.
Beliau berkata, surat itu akan diedarkan kepada umum sama ada Rabu atau Khamis ini - beberapa hari menjelang hari pengundian pada Sabtu.
Ezam akan kembali berkempen untul calon Barisan Nasional (BN) di sini Rabu ini.
"Sama ada Anwar menjawab cabaran saya atau tidak, saya akan dedahkan kandungan surat Anwar kepada Dr. Mahathir yang ditulis pada September lalu," kata beliau selepas ceramah keduanya di sini semalam.
Kelmarin, Ezam bekas Setiausaha Politik kepada Anwar, selain mendedahkan percubaan damai itu, turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan BN semasa berada dalam kerajaan.
Justeru, beliau turut mencabar Anwar sendiri menjawab pendedahan-pendedahan tersebut sebelum memperincikan kedua-dua perkara itu kelak.
Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 20 September.
Ezam berkata, surat dua halaman itu ditulis tangan oleh Anwar sendiri. - Mstar
PUNCA UMNO KALAH DIPERMATANG PAUH ADALAH KERANA EZAM YG DIIBARATKAN OLEH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN PENYOKONG UMNO SEBAGAI SESUMPAH. JIKA UMNO IZINKAN EZAM BERKEMPEN DI KT DGN CARA YG SAMA IAITU MENGHENTAM ANWAR JAWABNYA UMNO JUGA AKAN MENERIMA NASIB YG SAMA SPT DI PERMATANG PAUH KRN ORG UMNO & PR MEMANG MELUAT TENGOK EZAM SI MUNAFIK
ReplyDeleteEzam who? Haha.
ReplyDeleteGaya cakap pun tiru Anwar, saling tak tumpah.
Asal ada saja by-election, terus gadai maruah jadi "pelacur" utk UMNO-BN.
Pejuang apa ni.
Nak lawan rasuah apa ni?
Diri dikudakan macam takde maruah.
Sudahlah Ezam.
Balik ajar anak-bini makan duit halal lagi baik.
11 tahun ambil ms nak dedah.
Dia ingat orang Malaysia ni sama bodoh macam dia kot.