![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-qJBBY7sh7Lg8cpEwNFDy7sD6nF7l1l_1BPp5ithxLusUz-mIJzP8EJWqibndlawymmZCjZ587cBtmS3yFZvWvY_LseB-Npe6rNXAbb-HKbNt_ZQMZ3oZ50bCmplEIk_73Zp2BeEhMLY/s400/serang+dr+yap.jpg)
Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri.
Dr Yap yang juga Presiden Dong Zong (Pertubuhan Lembaga Sekolah Cina Malaysia) kemudiannya segera dibawa ke kerusi akibat mengalami pendarahan dipercayai patah tulang pipi dan hidung.
Sebuah ambulans kemudiannya tiba dan membawa beliau ke Hospital Pakar Kajang.
Pengetua kolej, Mok Soon Choong kemudiannya mengambil alih podium dan meneruskan ucapannya dan meminta hadirin supaya bertenang.
Saksi yang ditemui berkata, penyerang tersebut memakai kemeja-T yang digunakan ahli-ahli untuk mengutip derma di kolej tersebut.Dia dipercayai bekas graduan kolej tersebut.
Pengarah Pusat Pendidikan Dong Jiao Zong yang duduk berdekatan dengan pentas cuba menangkap lelaki terbabit namun gagal.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu mempunyai kaitan dengan perselisihan yang sedang berlaku antara Dr Yap dan bekas pengetua kolej tersebut, Dr Kua Kia Soong.
Dr Yap sebelum ini menyokong Dong Zong apabila pertubuhan itu tidak menyambung kontrak Dr Kua yang tamat Disember lalu.
Pihak berkuasa kolej berkata, mereka akan menjalankan penyiasatan berhubung insiden itu.
Di Pulau Pinang, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai melahirkan kekesalannya berhubung serangan itu.
"Adalah sesuatu yang menyedihkan insiden sedemikian berlaku di sebuah badan pendidikan. Sebarang masalah sepatutnya diselesaikan tanpa menggunakan kekerasan," katanya. - Mstar
No comments:
Post a Comment