Beliau menjelaskan, selepas selesai proses penamaan calon, HEP akan mengeluarkan senarai nama calon."Lepas itu, HEP akan mengeluarkan senarai calon yang kedua dan ia adalah senarai yang muktamad," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, katanya, beliau difahamkan, kumpulan pro-Mahasis
wa telah menggunakan senarai calon pertama sebagai rujukan mereka untuk berkempen.
Oleh itu, katanya, senarai muktamad itu memang tidak sama dengan senarai awal yang digunakan oleh calon-calon pro-Mahasiswa.
Beliau diminta mengulas kenyataan kumpulan tersebut yang mendakwa HEP telah mengubah nombor dua calon mereka dalam senarai pengundian, dalam pemilihan kampus hari ini, tanpa pengetahuan mereka.
Seorang daripadanya adalah Shah Rizul Ayuni Zulkiply yang sebelum ini membuat laporan polis, mendakwa dia cuba disogok supaya bertanding bagi pihak universiti dalam pilihanraya kampus hari ini.
Nafi sabotaj
Pilihanraya kampus UM hari ini mempertandingkan 41 kerusi - sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.
Dalam pemilihan sesi lalu, pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di universiti berkenaan.
Dr Azarae menjelaskan bahawa proses pengundian juga tidak dibuat mengikut nombor kedudukan calon.
Sebaliknya, kata beliau, pengundian dibuat mengikut nama calon pada kertas pengundian sama ada bagi calon umum ataupun calon fakulti.
"Kita nak undi nama calon, bukan nak ikut nombor," katanya lagi.
Sehubungan itu, Dr Azarae menafikan berlaku sebarang sabotaj oleh pihak HEP terhadap calon-calon terbabit.
Ditanya mengenai borang 8 pula, beliau berkata ia adalah untuk wakil calon dan bukannya untuk calon. - Malaysiakini
* Kalau buat kerja elok orang tidak marah
komen xpuas ati
ReplyDeletehttp://downloadnasyid.blogspot.com/
Salam, wah lawa blog nasyid ni, tapi kalau nak ciplak blog saya pun hati2 la sket.. hehe.. Link untuk gambar icon tolong hosting sndri.. takut nnti abis bandwitdh saya.. http://i466.photobucket.com/albums/rr30/testi4all/tharrow_down-1.png = icon kecik penunjuk warna hijau tuu.. harap dapat hosting sndri.. kalau ade ape2.. YM gunfight3_Smktar@yahoo.com saya pun minat web ni sbnarnye.. .. klau boleh kita kerjasame oke?..