04 January 2009

Tidak salahkan sesiapa

KOTA BHARU 3 Jan. - Siasatan awal polis Kelantan mendapati nahas tiga kenderaan yang meragut 10 nyawa di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi semalam berpunca daripada kecuaian pemandu.

Bagaimanapun, setakat ini pihak polis belum mengenal pasti punca sebenar kerana tidak ada saksi bebas yang memaklumkan mengenai kemalangan itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan daripada Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung punca kejadian itu.

"Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pemandu tetapi siasatan awal kita mendapati pemandu memandu dalam keadaan cuai sehingga menyebabkan dua kenderaan turut terlibat dalam kemalangan di Bukit Sejuk itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Murano pada pukul 10.30 pagi semalam itu, 10 terbunuh manakala seorang bayi yang berusia setahun cedera parah.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu dan empat penumpang kereta Perodua Kancil, Hasliza Mat Zin, 33, adiknya, Maziatul Shamlia; anak Hasliza iaitu Mohd. Rahiza Yuswa Abdul Rahim, 12; Norashidah, 10, dan Raihan Natasha, 6 tahun. - Utusan

*Pihak berkuasa boleh wajibkan guna tali pinggang belakang sedangkan di negara maju pun tidak dilaksanakan begitu. Kalau betul ikhlas sayangkan nyawa rakyat, mengapa tidak paksa,semua pengusaha kereta terutama kereta nasional, meletakan airbag pada kereta keluaran masing-masing, seperti terdapat pada kereta2 luar negara?. Jangan asyik hendak salahkan pemandu dan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment