04 January 2009

Samsudin Sulaiman (gambar tengah) ditahan pada 18 April 2002 di rumahnya di Kg Baru. Beliau mempunyai 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.


Disebabkan tidak hadir ke tempat kerja kerana beliau di "kidnap" dan disimpan di Kem kamunting oleh Menteri Dalam Negeri, beliau telah diberi notis berhenti kerja oleh majikannya, Kementerian Kesihatan.

Isteri beliau bekerja disalah sebuah sekolah di Kuala Lumpur sebagai petugas bukan guru.Kesukaran hidup yang dihadapi sebagai isteri seorang tahanan ISA amat mengganggu kehidupan beliau. Anak sedang membesar dan perlu banyak perbelanjaan. Jiran dan teman tidak memahami situasai beliau sebagai manga ISA.Anak-anak pula malu hendak mengakui bahawa bapa mereka di kurung seperti banduan di Kem Kamunting.

Akhirnya.... pada bulan June 2007, Samsudin dan isterinya disahkan bercerai di sebuah mahkamah di Petaling Jaya setelah isteri beliau(Puan N) tidak sanggup lagi meneruskan kehidupan yang serba menekan sebagai isteri seorang tahanan ISA.

Apa khabar Samsuddin sekarang....?

Sebelum 18 April 2002, Samsudin menjalani kehidupan normal bersama isteri dan anak-anak.Beliau ada pekerjaan tetap dan setabil untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga.
Kini pada 2009, beliau masih menghuni salah satu blok usang di Kem Kamunting.Beliau telah kehilangan segala-galanya, malahan tidak tahu dan beliau sudah tidak mahu lagi ambil tahu, bilakah akan di bebaskan dari lubang neraka itu.......

Inilah kisah kezaliman ISA . Kes perceraian boleh diselesaikan di mahkamah, kes ISA tidak pernah selesai kerana tidak pernah dibawa ke mahkamah.... - www.lailagmi.blogspot.com

* Terpekik marahkan Amerika di hadapan rakyat. Di belakang undang-undang rimba mereka diikut.

No comments:

Post a Comment