WASHINGTON 4 Jan. – Barack Obama yang menghitung hari untuk memulakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), mengambil sikap membisu terhadap konflik terbaru membabitkan kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin.
Pegawai dalam peralihan kuasa baru itu hanya mengulas bahawa Obama akan terus memantau situasi di Gaza, konflik yang setakat ini meragut lebih 460 nyawa itu.
“Perkara-perkara global di pantau terus oleh Obama dengan teliti, terutama situasi serangan Israel di Gaza,” kata jurucakap Jabatan Keselamatan Negara, Brooke Anderson.
Katanya, Obama dan pasukannya menghormati prinsip “hanya ada seorang Presiden AS pada satu-satu masa”.
Sementara itu, penasihat kanan Obama, David Axelrod berkata, barisan pentadbiran baru sangat komited kepada usaha mewujudkan damai Asia Barat. - AFP
No comments:
Post a Comment