24 January 2009

Polis siasat suspek curi kereta mewah, Kugen

KUCHING 23 Jan. — Polis akan menyiasat kes kematian suspek curi kereta mewah A. Kugen ketika dalam tahanan polis Selasa lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Katanya, beliau akan mengarahkan pegawainya untuk menyiasat kes tersebut secara terperinci sebelum sebarang tindakan dan keputusan dilakukan.

“Kita akan siasat, kerana saya difahamkan dia (Kugen) meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tiga penjuru pertama Ketua Polis Malaysia, Indonesia dan Brunei di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment