24 January 2009

Dua timbalan menteri diminta beri keterangan

PETALING JAYA 23 Jan. - Dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menceroboh bilik mayat di Hospital Serdang bersama sekumpulan orang awam Selasa lalu diminta tampil segera bagi memberi keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis bersedia mengambil keterangan pada bila-bila masa berdasarkan kelapangan kedua-dua timbalan menteri berkenaan.

Katanya, polis juga tidak akan membuat bedah siasat kali kedua mayat Kugan Ananthan, 22, yang mati dalam tahanan Selasa lalu kecuali dengan perintah mahkamah.

“Sehingga kini seramai 12 orang telah diambil keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya ketika ditemui pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment