03 January 2009

Pasukan Khas Siasat Dakwaan Lelaki Didera Polis

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan seorang penjaga tempat letak kereta kononnya dia didera ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Brickfields pada 23 Dis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberitahu Bernama polis sedang mengenal pasti anggota dan pegawai yang didakwa melakukan perbuatan itu terhadap B. Prabakaran.

"Polis memandang serius dakwaan tersebut," katanya.

Mohd Bakri berkata polis akan merakam percakapan Prabakaran dalam masa terdekat.

Petang tadi, Prabakaran hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama beberapa orang bagi mengetahui tindakan polis berhubung laporan yang dibuatnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment