24 January 2009

Ops Sikap: 14 kematian dicatat semalam

KUALA LUMPUR 24 Jan. — Empat belas orang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah kematian sejak Ops Sikap ke-19 dilancar Isnin lepas ialah 58 orang.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli berkata, mereka yang maut semalam terdiri daripada sepuluh pengguna motosikal, dua pemandu kereta dan masing-masing seorang penunggang basikal dan pemandu lori.

Jumlah kemalangan paling tinggi dicatat di jalan bandaran iaitu 610 kes diikuti jalan persekutuan (277), jalan negeri (183), lebuh raya (114) dan jalan lain (37), katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

* Jika di Palestin, rakyatnya dibunuh oleh Yahudi, di Malaysia rakyatnya dibunuh oleh kelemahan pengurusan sistem keselamatan jalan raya.

No comments:

Post a Comment