07 January 2009

Lelaki Singapura didakwa sebabkan kematian anak tiri


JOHOR BAHARU: Seorang warganegara Singapura didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyebabkan kematian dengan niat anak tirinya yang berusia tujuh tahun, Siwakorn Sukuntha, di sebuah kondominium di Tampoi, antara 24 Disember dan 27 Disember tahun lalu.

Shawal Senin, 31, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dibacakan kepadanya.

Majistret Norshahid Abdul Malik menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husmin Hussin manakala tertuduh tidak diwakili.

Shawal yang diberhentikan kerja baru-baru ini, turut bertindak agresif dengan cuba menendang jurugambar media yang mengambil gambarnya selain menunjukkan isyarat lucah. - Bernama

No comments:

Post a Comment