19 January 2009

Lelaki bakar 5 kereta kena cekup

SUBANG JAYA – Orang mabuk boleh melakukan apa sahaja dan malam kelmarin seorang lelaki mabuk ditahan polis setelah membakar lima kereta di Seksyen 19, Bandar Sunway di sini.

Sama ada perbuatan lelaki berusia 27 tahun itu disengajakan atau tidak, dia ditangkap ketika sedang membakar kereta yang kelima di kawasan tersebut.

Jurucakap polis memberitahu, dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, suspek yang mabuk bertindak membakar lima kenderaan sambil menunggang motosikalnya.

Kenderaan-kenderaan yang dibakar terdiri daripada dua Proton Wira, sebuah Perodua Myvi, Toyota dan Ford.

“Suspek mengambil daun kering dan membakar daun kering tersebut menggunakan pemetik api lalu mencampakkan daun kering itu ke arah tayar kereta,” kata jurucakap polis itu.

Katanya lagi, semasa membakar daun kering suspek menaiki motosikalnya. Kelima-lima kereta terbakar di dua kawasan yang berlainan.

Polis yang menerima maklumat mengenai perbuatan tersebut bergegas ke tempat kejadian dan menangkap suspek. - Kosmo

No comments:

Post a Comment