Tindakan lelaki berusia 39 tahun itu mengejutkan mahkamah dan orang awam sejurus Hakim Hasbi Hasan selesai membacakan hukuman.

Kejadian berlaku sekelip mata dan anggota polis tidak sempat menahannya apabila lelaki itu melompat tebing setinggi kira-kira dua meter di bahagian tepi mahkamah itu.
Dia kemudian berlari dan terjun ke satu lagi tebing setinggi tiga meter ke kawasan pembinaan berhampiran yang dipenuhi cerucuk dan berselut.
Melihat tindakan tidak diduga itu, beberapa anggota polis segera mengejarnya sambil menjerit ‘Tangkap! Tangkap!’ ke arah pekerja tapak pembinaan itu.
Lelaki itu yang tidak dapat bergerak pantas di kawasan berselut berkenaan dikejar sekumpulan pekerja pembinaan sebelum ditangkap.
Dia diserahkan kepada anggota polis yang mengejarnya sebelum dipercayai dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman. - Mymetro
No comments:
Post a Comment