
Kenyataan bersama kumpulan pejuang Palestin di Gaza mengisytiharkan “Kami kumpulan penentang Palestin mengumumkan gencatan senjata bagi pihak kami di Semenanjung Gaza. Kami memberi jaminan tentang pendirian ini dan kami mahu pasukan Israel keluar dari Gaza dalam seminggu, disamping Israel perlu membuka sempadan dan lintasan untuk konvoi bantuan kemanusiaan.”
Kumpulan penentang itu menyatakan kesediaan mereka bagi memastikan Israel bersetuju dengan pelan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin Arab Mesir, Turki, Syria dan Qatar agar Israel menggantung kepungan 18 bulan di Semenanjung Gaza, dan membuka semula sempadan Gaza untuk perdagangan. Pegawai-pegawai Israel pula menggambarkan yang mereka tidak bersedia untuk menerima rancangan tersebut. - Palestinkini
* Ubahlah sikap suka cakap besar
No comments:
Post a Comment