Selain itu, van-van kepunyaan UNRWA juga turut menjadi mangsa pengeboman. Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.

Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.
Al Mizan juga melaporkan bahawa pada hari ke 10 serangan, tentera yahudi telah mengebom sekolah UNRWA di Beit Lahiya yang menjadi lokasi perlindungan 1800 penduduk awam dengan bom kimia fosforus putih yang mengakibatkan kematian 2 kanak-kanak dan mencederakan ibu kanak-kanak tersebut yang kehilangan sebelah tangan dan sebelah kakinya.
Al Mizan merayu kepada UNRWA dan UN agar menghukum pemimpin-pemimpin Israel yang bertanggungjawab dalam melakukan jenayah perang ini selari dengan undang-undang antarabangsa. - Palestinkini
No comments:
Post a Comment