23 December 2008

Wan Ahmad Farid tidak boleh dilantik semula Senator jika kalah

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak boleh dilantik semula sebagai Senator sekiranya beliau kalah pada pilihan raya kecil berkenaan 17 Januari ini.

Ini bermakna beliau juga tidak boleh lagi dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri berikutan pelantikan itu memerlukan beliau memegang jawatan Senator.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh berkata, Wan Ahmad Farid yang mengangkat sumpah untuk penggal kedua hari ini dianggap telah berkhidmat untuk tempoh tiga tahun walaupun beliau memegang jawatan itu selama dua minggu sebelum meletakkan jawatan sebagai senator pada 5 Januari ini.

Katanya, berdasarkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada masa pemerintahan Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn, seseorang Senator hanya boleh memegang jawatan itu selama dua penggal atau enam tahun. – Utusan

* Macam kalah

No comments:

Post a Comment