12 December 2008

Tapak tanah runtuh ditutup serta-merta selepas amaran JKR

KUALA LUMPUR 12 Dis. — Tapak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, ditutup serta-merta selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan amaran bahawa kawasan itu tidak lagi selamat dan amat berbahaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata notis penutupan kawasan tapak tanah runtuh itu dikeluarkan pihak berkuasa pada pukul 12 tengah hari ini.

“Hasil kajian JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mendapati kawasan tanah runtuh meliputi 14 unit rumah banglo seluas 4 hektar itu tidak selamat untuk orang ramai termasuk pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR). Ia dilarang sama sekali.

“Polis telah menutup kawasan itu dan ambil alih sepenuhnya kawalan di kawasan berkenaan dan pasukan Unit Udara Polis Diraja Malaysia akan memantau kawasan itu dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, JKR dan Ikram akan mengeluarkan laporan penuh berhubung status keselamatan kawasan tanah runtuh itu pada 19 Disember ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment