23 December 2008

Presiden Reformis dipecat

SHAH ALAM 22 Dis. – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) memecat Presidennya, Ramlan Abu Bakar yang beberapa kali mengugut untuk melakukan demonstrasi bogel bagi membantah tindakan kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Pemangku Presidennya, Badrul Hisham Mohd. Hanafiah berkata, keputusan memecat Ramlan pada Rabu lalu dibuat bagi menjelaskan pendirian sebenar Reformis terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Kata beliau, pihaknya sejak awal lagi tidak bersetuju dengan tindakan Ramlan yang mengisytihar ‘perang bogel’ terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita jelaskan kepada Menteri Besar bahawa tindakan Ramlan itu dibuat tanpa merujuk kepada suara majoriti exco Reformis.

“Malah, beliau telah meniru tandatangan barisan exco bagi menghalalkan tindakan berkenaan,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Tambah Badrul Hisham, pemecatan Ramlan sebagai Presiden Reformis merupakan ketetapan yang diambil oleh barisan pemimpin pergerakan itu kerana tindakannya membelakangkan seluruh exco.

Selain itu, katanya, tindakan Ramlan juga turut mencemarkan nama baik pertubuhan kerana bertindak tanpa mengikut garis panduan dan dasar perjuangan Reformis. - Utusan

* Mohon masuk Umnolah, minta tolong ezam

No comments:

Post a Comment