KUALA LUMPUR: Bekas presiden dan 'penasihat' Parti Progresif Penduduk (PPP), S I Rajah dipecat daripada parti itu, berkuatkuasa serta-merta kerana kenyataannya yang mencadangkan supaya Presiden parti, Datuk M Kayveas meletakkan jawatan. Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin PPP, Datuk Maglin D'Cruz yang turut menyatakan Rajah yang pernah menerajui parti pada 1978, tidak boleh mengemukakan rayuan dan surat pemecatan akan diserahkan dalam masa terdekat.
Maglin berkata, pihaknya dan Majlis Tertinggi (MT) PPP yang bermesyuarat semalam memutuskan memecat Rajah kerana tidak boleh menerima tindakannya membelakangkan parti terutama mengkritik Kayveas supaya meletak jawatan.
"Kami tidak pernah melantiknya sebagai penasihat. Dia hanya ahli biasa, ''katanya pada sidang media selepas mesyuarat MT PPP di sini, semalam. - Bharian
No comments:
Post a Comment