18 December 2008

Pandai berlakon bujang - Keluarga terkejut Aidil Zafuan kahwini Rita Rudaini

SEREMBAN - "Pak cik terima dengan reda walaupun kecewa. Apa yang sudah berlaku, sudah berlaku, kami sekeluarga berdoa semoga dia bahagia."

Begitulah luah rasa Abd. Radzak Salleh, 59, ayah kepada pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan, 21, mengenai perkahwinan anaknya dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 32, di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.

Namun, keluarga itu nyata belum dapat melupakan 'lakonan' anak mereka itu yang sejak 10 bulan lalu kelihatan seperti orang bujang.

"Tak nampak dia (Aidil) macam sudah berkahwin. Perangai dia macam biasa... terkejutlah kami," kata Abd. Radzak kepada pemberita di rumahnya di sini semalam.

Katanya, berita pernikahan Aidil Zafuan dengan Rita dimaklumkan oleh anak perempuan sulungnya pada 14 Disember lalu kira-kira pukul 9 malam di rumahnya di sini.

"Sebelum ini dia (Aidil Zafuan) tidak menceritakan apa-apa. Dia bertemu dengan kak longnya pada 13 Disember dan menunjukkan sijil nikah di Thailand sebelum meminta ia diberitahu kepada saya dan isteri," katanya kepada pemberita.

1 comment:

  1. Rita dan Aidil tak sepatutnya buat keluarga diorg macam tu!
    susah sgt ke nak mintak restu daripd ibu bapa?
    mmg la diorg kahwin utk elak zina, tp, bukan ke restu ibu bapa tu lebih penting?
    sampai bila diorg akan bertahan?
    jgn rita jadi janda sekali lagi sudah ler.
    opsss.. sakit hati, tu yg x dpt cover!
    sorry ye! :D

    ReplyDelete