08 December 2008

Mumbai: Pakistan tahan 12 suspek

ISLAMABAD 8 Dis. – Tentera Pakistan menahan sekurang-kurangnya 12 orang suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan di Mumbai, India dalam operasi di Muzaffarabad, Kashmir semalam.

Turut ditahan ialah Zaki-ur-Rehman iaitu lelaki yang dipercayai menjadi perancang utama serangan tersebut.

Kesemua suspek ditahan selepas pihak tentera berjaya menawan sebuah kem dipercayai digunakan oleh kumpulan militan Laskhar-e-Taiba, yang didakwa oleh New Delhi bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas Mumbai.

Tindakan itu dikatakan adalah yang pertama dilakukan oleh Islamabad sebagai respons ke atas serangan di Mumbai itu yang didakwa oleh India dilakukan oleh kumpulan militan Pakistan. - Agensi

No comments:

Post a Comment