BUKIT MERTAJAM - Malang bagi seorang wanita bukan saja menjadi mangsa ragut malah dia juga maut digilis sebuah treler berhampiran Pasar Awam Bukit Mertajam di sini semalam.Kejadian tragis itu disaksikan oleh empat ahli keluarganya yang turut mengikut mangsa Lim See Nya, 58, ke pasar yang terletak di Jalan Cheok Sah di sini.
Seorang sepupu mangsa, Lim Mei Ching, 30-an, berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 11.30 pagi dan semasa itu mereka berlima baru habis membeli sayur-sayuran di pasar berkenaan.
Menurut beliau, kami kemudian berjalan kaki untuk sampai ke kereta yang diletakkan kira-kira 30 meter dari pasar.
"Semasa berjalan, See Nya berada di hadapan dan kami ketinggalan di belakang.
"Semasa sudah menghampiri kereta, tiba-tiba dua lelaki bermotosikal yang memakai topi keledar menutup muka datang dari belakang lalu meragut beg tangan See Nya yang disandang di bahu kanan.
"Rentapan kuat salah seorang suspek yang menarik beg tersebut menyebabkan See Nya tidak dapat mengimbangi diri lalu dia terjatuh di atas jalan," katanya memberitahu mangsa tinggal di Lunas, Kulim, Kedah.
Menurutnya, kejadian yang berlaku di dapan matanya amat pantas menyebabkan beliau dan tiga ahli keluarga lain tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat pula badan See Nya kemudiannya digilis pula sebuah treler.
Mei Ching memberitahu, akibat kecederaan teruk See Nya mati di tempat kejadian. - Kosmo
No comments:
Post a Comment