28 December 2008

Malaysia mahu Majlis Keselamatan PBB bertindak

KUALA LUMPUR 28 Dis. — Malaysia hari ini menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza berikutan keganasan yang terus memuncak ekoran serangan udara terbaru oleh Israel yang berterusan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Malaysia kesal dengan penggunaan kuasa tentera yang tidak seimbang terhadap penduduk Gaza.

Sambil melahirkan keprihatinan Malaysia, beliau berkata serangan yang melampau oleh Israel telah menyebabkan banyak kematian dan kecederaan ke atas ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa di Gaza.

“Keganasan seperti itu perlu dihentikan segera. Masyarakat antarabangsa perlu membantu bagi mengembalikan keamanan di Gaza dan ia hanya boleh dilakukan melalui usaha perdamaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Malapetaka terhadap kemanusiaan ini perlu dihentikan segera berikutan laporan mengenai kecederaan yang berleluasa dan kesengsaraan di kalangan rakyat di sana,” katanya.

— BERNAMA

* Wajib hantar tentera negara-negara Islam ke Baitul Maqdis

1 comment:

  1. Pak Lah dan Datuk Najib harus tunjuk taring bahawa Malaysia dapat berbuat sesuatu yg berkesan terhadap serangan bidap Yahudi dan Nasara terhadap org Palestin.Sudah lebih 60 tahun mereka sengsara-mana saudara seagama?????

    ReplyDelete