JOHOR BAHRU 20 Dis. - Krew stesen televisyen TV3, dihalang membuat liputan majlis pernikahan Mawi-Ekin yang diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini.Ketua Pengurus Acara majlis berkenaan Freddie Fernandez berkata, halangan itu adalah disebabkan stesen Astro sudah mendapat hak penyiaran secara eksklusif untuk majlis tersebut.
"Ini bermakna stesen televisyen lain tidak dibenarkan sama sekali merakamkan detik-detik pernikahan itu melainkan RTM yang memperoleh kerjasama dengan Astro," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun jelas Freddie, pihaknya ada memberi ruang kepada krew TV3 menemu bual pasangan pengantin selepas selesai sidang akhbar yang diadakan di dewan masjid berkenaan.
Katanya, larangan itu tidak melibatkan petugas media cetak sebaliknya mereka mendapat layanan yang memuaskan.
Majlis pernikahan Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 27 dan Ekin atau Nora'Ashikin Rahmat, 29, hari ini agak kecoh apabila krew TV3 diarahkan keluar dari bilik sidang akhbar serta tidak dibenarkan sama sekali merakamkan apa juga acara pada majlis terbabit.
Sumber menyatakan larangan tersebut dibuat kerana TV3 sebelum ini turut melarang stesen televisyen berbayar itu membuat liputan majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dua tahun lalu.
Pada majlis perkahwinan itu, TV3 mendapat hak penyiaran eksklusif dan turut menyiarkan secara langsung majlis pengumuman pernikahan, akad nikah dan persandingan.
* Kes balas dendam rupanya
No comments:
Post a Comment