Maimun yang lebih dikenali sebagai Tok Mun berkata, laman blog yang diwujudkan sejak dua minggu lalu, dijangka dapat membantunya mendapatkan tajaan yang diperlukan. Menurut warga emas itu, laman blog tersebut dihasilkan dengan bantuan seorang penyokongnya yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.
''Saya memang berharap untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini, cuma masalah sekarang adalah faktor kewangan.
''Jadi dengan adanya laman blog ini, ia boleh membantu saya mendapatkan dana tersebut," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Gong Gemia dekat sini hari ini.
Menurutnya, selepas mendapat berita kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas, dia menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi selepas berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lepas.
Tok Mun akan mengupah dua orang untuk menjadi pencadang dan penyokongnya pada hari penamaan calon, 6 Januari depan.
''Buat masa ni saya sudah peruntukkan duit sendiri sebanyak RM1,000 untuk diberikan kepada mereka iaitu RM500 seorang kepada pencadang dan penyokong saya pada hari penamaan calon nanti," ujarnya.
Namun menurutnya, itu sekadar perancangan awal sahaja jika wang pertaruhan mencukupi.
Jelas warga emas itu, dia juga mempunyai strategi sendiri untuk menghadapi pilihan raya kecil ini.
''Jika pilihan raya lepas, saya menggunakan logo kunci namun kali ini saya akan gunakan lambang istana sebagai tanda penguasaan," tegasnya.
Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala Razali (32,562 undi) dan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi). - Utusan
Blog Tok Mun boleh dilihat di sini Link
* Nenek contoh ni
Cakap tak ada duit..tapi masih nak menjadi calon.Apa dah jadi ni...
ReplyDeletememalukan.
Apa tujuan sebenarnya orang tua ini ???
Kalau dah tak ada duit,,pandai buat blog, kalau dapat tuit tu pakailah belanja makan . Buat apa nak pakai bertanding ...
Hairan +bingung saya tengok perangai org tua ni !!!!!