13 December 2008

Jamah udang sebelum ajal

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat kereta dan bengkel hanya sempat menjamah udang kegemarannya sebelum maut apabila motosikal berkuasa tinggi bernilai hampir RM200,000 diboncengnya terbabit nahas di sini, kelmarin.

Dalam kejadian terbabit mangsa, Chin See Min, 53, mati di tempat kejadian sebaik tercampak dari motosikal di Kilometer 440-7, Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Ipoh sebelum susur ke Rawang.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, motosikal jenis Honda model Gold Wing ditunggang rakan mangsa hilang kawalan sebelum gagal mengawal motosikal menyebabkannya merempuh pembahagi lebuh raya.

Lebih memilukan apabila mangsa bersama rakan, Chia Kok Wah, 38, dikatakan ke Ipoh semata-mata untuk menikmati hidangan udang galah sempena menyambut hari jadinya, hari ini. - Mymetro

No comments:

Post a Comment