19 December 2008

Harga minyak: Kerajaan setuju sistem apungan

PUTRAJAYA: Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan mekanisme apungan untuk menentukan harga bahan api, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dna Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad hari ini.

Pada akhir bulan lalu, beliau berkata, kerajaan sedang menimbangkan secara serius memperkenalkan sistem apungan secara terurus dengan mengekalkan minyak pada harga RM1.60 seliter.

Sistem, apungan itu dibuat bagi menentukan harga minyak dan jika penurunan minyak dunia kekal seperti sekarang, kata beliau.

Menurutnya, perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan awal Disember ini dan mungkin dikekalkan sampai bila-bila. - Mstar

No comments:

Post a Comment