18 December 2008

Bukit Antarabangsa: Dua peti besi didakwa hilang ditemui semula

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya menemui semula dua peti besi milik salah seorang mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Peti besi peribadi itu ditemui kira-kira pukul 12 tengah hari oleh SAR ketika menjalankan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, peti besi itu adalah milik penghuni rumah nombor 16 yang tertimbus akibat tanah runtuh sejak 6 Disember lalu.

Bagaimanapun, katanya, hanya sebuah saja yang berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pemiliknya manakala sebuah lagi masih berada dalam timbunan tanah.

Beliau berkata, penemuan kedua-dua peti besi itu diharap dapat melenyapkan segala tohmahan dan andaian buruk terhadap pasukan penyelamat. - Utusan

No comments:

Post a Comment