27 December 2008

Awie Seret Presiden Pekida Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR, 19 DIS 2008: Demi kerana maruah, nama baik serta reputasi dirinya, pelakon serta vokalis Wings, Awie, tekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Pekida, Tuan Haji Jamaluddin Yusof.

Tindakan undang-undang itu dilakukan selepas Jamaluddin dengan lantangnya telah membuat andaian, dakwaan serta tohmahan yang mengaitkan dirinya sebagai kepala gangster dengan tuduhan menjadi ketua kumpulan samseng serta salah seorang daripada 15,000 anggota pertubuhan itu yang telah songsang.

Jamaluddin telah membuat kenyataan tersebut menerusi akhbar Metro Ahad edisi 14 Disember 2008 yang turut memaparkan artikel Awie mengenai pembabitannya dalam pertubuhan Pekida yang dianggotainya sejak 2001 hingga kemudian dilantik sebagai ayahanda pada 2004.

"Saya benar-benar terkejut dengan dakwaan yang dibuat Tuan Haji Jamaluddin itu menerusi Metro Ahad. Ketika itu saya berada di Kota Bharu atas satu urusan.

"Isteri saya yang beritahu saya supaya dapatkan akhbar. Hari itu memang Metro Ahad laris macam goreng pisang. Tapi, saya berjaya juga mendapatkan 2 naskhah dan apabila saya baca, saya mengucap panjang.

"Kenapa saya lagi ditimpa dengan fitnah yang sebegini? Kalau fitnah menerusi cakap saja tidak mengapa. Tapi, bila ia dipaparkan dalam kahbar dan dibaca ratusan ribu orang, bagaimana?," katanya salam satu sidang media tergempar di Hotel Millenium, di sini, petang tadi.

Jelas Awie lagi, bagaimana dia hendak berhadapan dengan keluarga sekiranya timbul berita fitnah seperti itu?

"Apa yang saya hendak cakap kepada 2 keluarga mertua saya. Hubungan bersama mertua lama tidak boleh putus kerana cucu mereka adalah anak-anak saya. Ada 5 perut dalam rumah saya yang saya hendak bagi makan. Apa yang saya hendak beri pada mereka lagi sekiranya ada pihak yang takut hendak beri saya job lagi?

"Ada beberapa produser filem mahu ambil saya berlakon dalam filem-filem mereka. Apa yang saya hendak cakap pada mereka?

"Dan kalau, mereka tak mahu ambil saya berlakon kerana takut kontroversi yang tidak betul ini kerana ia mampu menjejaskan filem mereka, bagaimana saya hendak cari rezeki untuk keluarga saya?

"Ada usahawan yang hendak buat bisnes dengan saya, tapi sebaik saja membaca kisah ini, mereka terpaksa suruh saya supaya berhati-hati kerana bimbang isu ini akan menjejaskan perniagaan yang bakal kami hendak mulakan nanti," katanya lagi dengan suara penuh emosi. Read More...

No comments:

Post a Comment