KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kerajaan belum berhasrat untuk mewujudkan jawatan Mufti Negara atau mufti bertaraf nasional ataupun kebangsaan buat masa ini, demikian persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatan itu, bagaimanapun, akan diwujudkan jika terdapat keperluan kepada negara satu hari nanti.
“Saranan untuk mewujudkan Mufti Negara di peringkat kebangsaan memang pernah disarankan di dalam dewan serta dinyatakan di dalam beberapa media. Jika timbul keperluan satu hari nanti atau ada kerjasama daripada semua pihak dan diluluskan oleh Raja-Raja Melayu saya tidak nampak mengapa jawatan itu tidak boleh diwujudkan kalau ada kemunasabahannya,” katanya menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) di sini. – BERNAMA.
No comments:
Post a Comment