25 November 2008

Tak halang Rafiah tulis buku

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi tidak menghalang niat Datuk Rafiah Salim sekiranya bekas Naib Canselor (NC) Universiti Malaya (UM) itu mahu mendedahkan kononnya ada campur tangan politik dalam penamatan kontraknya baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Khaled Nordin bekata, jika Rafiah mahu menulis buku berkaitan perkara itu, pihaknya tidak boleh menghalang kerana beliau bukan lagi kakitangan kementerian seperti dahulu.

"Terpulang jika mahu menulis buku atau apa sahaja kerana beliau bukan lagi kakitangan kementerian. Kontrak Rafiah sudah tamat dan dia boleh teruskan niat dia jika mahu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa bertajuk, Kepimpinan Dalam Pendidikan Tinggi anjuran Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Akept) di sini semalam.

Beliau sebelum itu turut merasmikan Sistem Kajian Pengesanan Graduan kali kedua pada majlis yang sama.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Rafiah bahawa kontraknya tidak disambung adalah kerana campur tangan politik, Khaled menafikan perkara itu sambil menjawab:

"Sepanjang pengetahuan saya tiada campur tangan politik dalam pertukaran dan pelantikan mana-mana NC institusi pengajian tinggi. - Kosmo

* Apa kata Datuk sertai PKR

No comments:

Post a Comment