23 November 2008

Polis bertindak surai perhimpunan di padang MPAJ | Malaysiakini

9.36 pm Kelihatan polis menahan tiga orang yang berada di tepi padang MPAJ.

9.26 pm Polis bertindak mengasak orang ramai di situ keluar dari kawasan padang MPAJ, ketika Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu berucap kepada mereka yang hadir.

9.24 pm Polis sedangkan menyuraikan kira-kira 80 orang yang berhimpun dekat pentas. Kelihatan kira-kira 40 anggota polis anti-rusuhan di situ.

Manakala Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub tiba-tiba kira-kira jam 9.15 malam tadi. Turut kelihatan ialah Ibrahim Yaako.

Juga kedengaran laungan 'Allahuakbar" dari orang ramai yang berada di situ.

9.00pm Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tiba di Padang MPAJ dan kelihatan kira-kira 80 orang berada di situ.

Beliau juga kelihatan berbincang sesuatu dengan pihak polis.

8.00pm Polis mengadakan sekatan di Jalan Pandan Indah menjelang perhimpunan pelancaran kempen mansuhkan ISA oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Sekatan jalanraya itu diadakan di depan padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di situ.

Majlis malam ini dijadualkan berlangsung di padang tersebut mulai jam 9 malam ini.

Sehingga jam 8 malam, kelihatan empat trak polis - dua kecil dan dua besar - serta sebuah van polis bergerak.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai anggota polis yang hadir kerana mereka berada di dalam trak kerana hari hujan.

Hujan turun lebat kira-kira jam 7.30 malam dan beransur reda selepas jam 8 malam.

Turut kelihatan, pentas berbumbung di situ juga ditutup dengan rentangan tali kuning oleh pihak polis di sekelilingnya.

Orang ramai belum kelihatan di situ dan menurut Pengerusi Gerakan Mansukan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, majlis tersebut akan berlangsung malam ini.

Sebelum ini, polis menolak permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan pada malam ini.

No comments:

Post a Comment