Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.hishamuddin husseinMenteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.
"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.
Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.
Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.
Nampaknya sejak kebelakangan ini orang Melayu dan agama Islam diserang dengan begitu nekad di negara ini. Nampaknya juga sejak PRU12, MCA, MIC dan Gerakan bertungkus-lumus menjadi jaguh untuk kaum Cina dan India. Mereka ini berani mengkritik Majlis Fatwa Kebangsaan, mempersoalkan keistimewaan orang Melayu, bahkan, berani menghina agama Islam dan Nabi saw. Serangan yang terkini datangnya dari blog pro MIC. Ikut link ini http://indiansmalaya.blogspot.com
ReplyDeleteSaya lebih melihat org melayu yang beragama islam ni sendiri xnak mempertahankan agama islam. sedih bile umno kalah dikata melayu dan islam terancam. :-{
ReplyDelete