TENGGULUN: Keluarga tiga anggota militan Indoesia yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah terbabit dalam pengeboman Bali pada 2002 diadah supaya bersiap sedia.
Pihak pendakwa dan polis melawat keluarga adik beradik Amrozi, 47, dan Mukhlas, 48, di perkampungan mereka di Jawa Timur dan meminta mereka bersedia menerima berita 'buruk' berkenaan.
“Kami di sini untuk memberiahu ahli keluarga supaya bersedia apabila hukuman dijalankan nanti," kata Ketua Pendakwa Daerah, Irnensis kepada pemberita selepas bertemu kira-kira 30 minit dengan keluarga mereka.Beliau bagaimanapun tidak mahu menjelaskan lebih lanjut atau menyatakan bila tiga pengebom Bali — Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra, 38 — akan menjalani hukuman tembak yang dibiasanya di lokasi yang dirahsiakan.
Pegawai Indonesia sebelum ini hanya membayangkan hukuman itu akan dilaksanakan 'awal November'.
Ketiga-tiga mereka dijatuhkan hukuman mati pada 2003 selepas terbabit dalam pengeboman yang mengorbakan 202 orang, kebanyakannya pelancong asing, termasuk 88 warga Australia. - AFP
No comments:
Post a Comment