MOGADISHU 19 Nov. – Sebuah kapal perang India melepaskan tembakan yang memusnahkan sebuah “kapal induk” lanun Somalia.Kapal frigat India, INS Tabar melepaskan tembakan ke arah kapal lanun itu malam tadi selepas diserang, kata jurucakap tentera laut India, Nirad Sinha hari ini.
“INS Tabar menghampiri kapal induk lanun dan mengarahkannya berhenti untuk disiasat.
“Bagaimanapun arahan itu tidak dihiraukan, sebalik kapal lanun itu mengancam untuk meletupkan INS Tabar jika kapal perang itu mara lebih dekat,” kata jurucakap itu.
Kapal lanun itu kemudian menyerang INS Tabar yang melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri.
“Tembakan tersebut mencetuskan letupan yang dipercayai berpunca daripada peluru yang disimpan di dalam kapal lanun itu,” menurut Sinha. - AFP
No comments:
Post a Comment