11 November 2008

Jemaah diingat bawa baju tebal

KELANA JAYA: Jemaah haji yang masih belum berangkat ke Tanah Suci diingatkan supaya bersiap sedia membawa baju tebal dan selimut berikutan suhu di Madinah semakin dingin mencecah 15 hingga 22 darjah celsius.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji di Tanah Air, Lembaga Tabung Haji, Shahruddin Abu Bakar (gambar), berkata keadaan cuaca semakin sejuk itu dikhuatiri tidak memberi keselesaan kepada jemaah beribadat sekiranya tanpa pakaian tebal.

“Kami nasihatkan bakal haji terutama warga emas supaya bawa lebih pakaian tebal atau baju sejuk bagi menghadapi cuaca sejuk di sana (Tanah Suci), sekali gus mengelak mereka diserang penyakit sama ada batuk dan selesema.

selanjutnya...

No comments:

Post a Comment