11 November 2008

Banyak 'akai': UMNO bagi Zaid Ibrahim surat tunjuk sebab

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah diberikan surat tunjuk sebab atas tindakan beliau mengeluarkan surat terbuka kepada Perdana Menteri dan mengadakan pertemuan dengan pembangkang berhubung syor supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Perkara tersebut didedahkan pada satu sidang media di sini sebentar tadi.

Zaid berundur daripada Kabinet September lalu sebagai protes terhadap penahanan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah ISA.

Minggu lalu, Zaid berkata, surat perletakan jawatan Senator juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa minggu selepas berundur dari Kabinet.

lagi berita...

No comments:

Post a Comment