25 November 2008

Ajaran Aurad Muhammadiah cuba dihidup

KUALA LUMPUR: Siasatan awal terhadap kegiatan sebuah syarikat yang didakwa cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah di negara menunjukkan wujud usaha bekas pengikut al-Arqam untuk berbuat demikian.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata siasatan pihaknya mendapati wujud kecenderungan bekas pengikut al-Arqam untuk menghidupkan semula ajaran diasaskan bekas pemimpin al-Arqam, Ashaari Muhammad itu.

"Pergerakan dan aktiviti mereka menunjukkan ke arah itu (menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah) dan lebih ketara menerusi modus operandi mereka iaitu kerap menukar nama syarikat seperti dilakukan sekarang ini.

"Mereka ini sudah boleh dikatakan bersalah seperti termaktub dalam fatwa dan pihak kami hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan seperti pernah dilakukan sebelum ini iaitu mengharamkan Rufaqa Corporation Sdn Bhd.

"Bukti lebih kukuh diperlukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan i dengan kerjasama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, Berita Harian mendedahkan kegiatan bekas pengikut al-Arqam kini dipercayai menggunakan sebuah syarikat lain bagi menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah selepas Rufaqa Corporation Sdn Bhd diharamkan Jais, dua tahun lalu.

Syarikat itu yang turut beroperasi di Rawang, dikatakan menyelitkan ajaran itu secara halus dalam video serta buku yang diterbitkan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Malah, laman web syarikat berkenaan memuatkan imej Ashaari bagi mempromosikan perniagaan dijalankan. Syarikat itu juga dikatakan ada rangkaian perniagaan di Singapura, Thailand dan Indonesia. - Bharian

* Sesama Melayu pun nak dengki

No comments:

Post a Comment