KUALA LUMPUR 8 Okt - Ringgit ditutup rendah berbanding dollar Amerika Syarikat (AS) susulan tekanan belian yang berterusan ke atas mata wang tempatan itu, kata peniaga.
Pada 5 petang, ringgit diniagakan rendah pada 3.4945/4995 berbanding dollar AS, dengan penutupan Selasa pada 3.4890/4940.
Seorang peniaga berkata kebanyakan pelabur enggan memasuki pasaran berikutan penurunan berterusan mata wang tempatan dan keadaan naik turun dalam pasaran mata wang.
“Ringgit bergerak dalam jajaran sempit hari ini. Pasaran mata wang asing juga terjejas akibat kebimbangan terhadap ekonomi global yang perlahan,” kata seorang peniaga. Beliau berkata Bank Negara Malaysia campur tangan pada paras 3.5000 bagi menyokong ringgit.
Dalam dagangan lewat hari ini, unit tempatan itu diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Unit tempatan itu tinggi berbanding dollar Singapura pada 2.3756/3805 berbanding 2.3782/3837 semalam namun rendah berbanding yen pada 3.4921/4978 berbanding 3.4273/4336 sebelum ini.
Ringgit juga rendah berbanding pound British pada 6.1276/1374 daripada 6.0628/0733 pada Selasa dan juga rendah berbanding euro pada 4.7921/4978 daripada 4.7300/7379 sebelumnya. - Bernama
No comments:
Post a Comment