Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
14 October 2008
Penyanyi Anis Suraya sah bercerai ~ Bharian
KUALA TERENGGANU: Penyanyi kelahiran Terengganu, Anis Suraya atau nama sebenarnya Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman, 28, hari ini sah bercerai dengan suamiya, Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin, seorang ahli perniagaan selepas kes perceraiannya tertangguh hampir satu setengah tahun.
Wan Kasmaizi melafazkan cerai talak satu terhadap Anis Suraya di hadapan Hakim Wan Abdul Malek Wan Sidek selepas berbincang dengan peguam plaintif di luar mahkamah berhubung tuntutan selepas perceraian.
ARKIB : 17/04/2008
Rumah tangga saya aman - Anis Suraya
HANYA selepas dua tahun melangsungkan perkahwinan, rumah tangga yang dibina oleh penyanyi kelahiran Terengganu, Anis Suraya kini dikatakan berada di ambang perpisahan.
Anis atau nama penuhnya Tengku Anis Suraya Tengku Sulaiman, 28, dikatakan akan menuntut fasakh daripada suaminya, Wan Kasmizi Wan Kamaluddin, 28, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 22 April ini.
Perkara itu mula disebarkan di kalangan media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Anis ketika dihubungi Hits bagaimanapun menafikan rumah tangganya bergolak.
“SMS yang disebarkan itu tidak benar. Saya dan suami sangat bahagia sekarang,” tegasnya dalam satu temu bual menerusi telefon dengannya semalam.
Kata Anis, kalau sekali pun dia menghadapi masalah rumah tangga, dia lebih senang berdiam diri daripada menghebahkannya di media.
Menurut Anis, lazimnya juga kalau ada sebarang masalah dia lebih selesa meluahkannya kepada keluarga dan tempat rapatnya sahaja.
“Kalau ada apa yang berlaku, biarlah keluarga dan teman rapat sahaja yang tahu apa yang terjadi. Hal rumah tangga tersangat peribadi. Saya tak mahu komen apa-apa mengenai SMS itu,” kata Anis yang juga ibu kepada Puteri Elisya Farzana yang berusia setahun itu lagi.
Berkali-kali Anis yang melangsungkan perkahwinan pada September 2006 menegaskan, dia enggan perkara peribadinya dibesar-besarkan di media.
Anis dan Wan Kasmizi yang merupakan rakan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu bertemu semula sekitar tahun 2005.
Pasangan itu berkahwin pada 11 September 2006 di kediaman keluarga penyanyi tersebut di Ibai Golf Country Club di sini dengan hantaran RM20,000 dan mas kahwin RM800.
Majlis persandingan pasangan itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga sepupu kepada Anis Suraya.
Anis yang merupakan adik kepada penyanyi, Tengku Shamsul Baharin atau Shawn Baharin itu pernah terpilih ke pertandingan akhir Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995 dan pernah merakamkan beberapa buah album solo.
Penyanyi yang berasal dari Batu Burok, Terengganu itu pernah popular dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi dan Setiap Nafasku Keranamu serta Ku Sangkakan Setia.
Sementara itu, Anis memberitahu, buat masa sekarang dia sibuk memberi tumpuan pada Kejohanan Paintball anjuran syarikatnya, X-Gamex Event Sdn. Bhd., yang bakal berlangsung pada 24 hingga 26 April di Taman Awam, Batu Buruk, Kuala Terengganu .
“Sekarang saya sibuk dengan kejohanan besar ini. Saya mengharapkan kejohanan ini akan mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat,” jelasnya menygenai kejohanan yang disertai oleh kumpulan-kumpulan dari seluruh negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment