11 October 2008

Penyamun patah balik untuk tembak mangsa ~ Hmetro

SUBANG JAYA: Marah kerana dikejar, seorang penjenayah kembali semula ke rumah yang disamun lima minit kemudian, sebelum melepaskan dua das tembakan di luar kediaman itu di Serdang Raya di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah dikejar ketika leka menggeledah rumah menyebabkannya melarikan diri.

Sumber berkata, ketika kejadian, seorang penghuni rumah yang juga lelaki berusia lingkungan 50-an terserempak dengan suspek sedang menggeledah ruang tamu rumahnya.

Menurutnya, suspek terus melarikan diri dari tingkat dua rumah kedai itu sambil dikejar mangsa sehingga ke tingkat bawah.


“Penjenayah terbabit terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri, tetapi mangsa sempat membuka pintu kenderaan suspek dan cuba menahan suspek.


“Penjenayah bagaimanapun mengacukan sepucuk pistol dan mengugut menembak lelaki terbabit,” katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang terpaksa melepaskan penjenayah berbadan gempal itu.

“Dia kemudian masuk ke rumah dan memberitahu isteri serta anaknya mengenai kejadian terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, kira-kira lima minit kemudian, mangsa terkejut apabila mendengar bunyi dua das tembakan di luar rumah.

Katanya, kerana takut, lelaki itu tidak berani keluar sebelum isterinya membuat laporan polis.

“Polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian menemui peluru di tempat letak kenderaan di situ.

“Satu tembakan dikesan mengenai dinding bangunan berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu,” katanya.

* Jika mangsa seorang menteri, tentu penyamun sudah kena cekup polis

No comments:

Post a Comment