11 October 2008

Pemimpin GAM pulang dari buangan ~ Utusan

BANDA ACEH 11 Okt. – Pemimpin utama Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Hassan Tiro, 83, kembali ke Aceh selepas 30 tahun hidup dalam buangan.

Ketibaan Hassan disambut oleh beribu-ribu penyokongnya dan bekas anggota GAM.

“Orang ramai datang dari seluruh Aceh. Mereka gembira datang ke sini kerana hendak melihat Hassan walau pun hanya untuk beberapa saat.

“Ini kerana, beliau sentiasa berada di hati penduduk Aceh,” kata bekas perunding GAM, Bakhtiar Abdullah yang pernah dihukum penjara.

Menurut Bakhtiar, Hassan mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup mati untuknya, tetapi tidak pernah melihat pemimpin itu sebelum ini.

“Bagaimanapun, mereka masih setia kepadanya dan akan melakukan apa sahaja untuknya,” katanya.

Pejuang GAM meletakkan senjata pada 2005 di bawah perjanjian damai dengan kerajaan pada 2005.

Hassan dan beberapa pemimpin GAM yang lain telah menuntut pemerintahan autonomi ke atas wilayah Aceh yang dilanda tsunami pada 2004 sehingga mengorbankan lebih 170,000 penduduk.

Beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Aceh dari pada Indonesia pada 1976 dalam berikutan konflik berda rah selama tiga dekad, mengorbankan seramai 15,000 orang.

No comments:

Post a Comment