Semalam saya telah membaca satu berita yang dikategorikan "menarik",
Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan telah dianugerahkan Darjah Datuk sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70
Apa hal ni?
Apa yang telah dilakukan oleh Shah Rukh Khan terhadap negara tercinta kita?
Adakah dia dianugerahkan sebab telah membawa hiburan kepada Rakyat Malaysia?
Masih dalam ingatan, apabila saya menonton Drama Hong Kong, mereka mengategorikan orang yang berdadarjahkan Datuk sebagai orang yang dihormati rakyat tempatan kerana mereka dikatakan pernah memberikan sumbangan kepada negara mereka.
Berita mengenai pemberian darjah Datuk dengan wang, yang berlaku tidak lama lalu telah memberikan satu tamparan besar kepada penganugerahan Datuk, kerana rakyat mengesaki apakah faktor utama seseorang itu dianugerahkan Datuk? wang? tetapi sekarang berlaku pula berita ini.
Kalau mereka menganugerahkan seseorang yang telah menjual sayur di pasar selama 10 tahun dengan darjah Datuk, itu masih dapat diterima oleh saya, kerana dia boleh dikatakan memberikan sumbangan terhadap negara. Tetapi Shah Rukh Khan? Apa yang dia telah lakukan? Harap kerajaan Melaka dapat memberikan satu penjelasan kepada Rakyat Malaysia!
www.gomalaysian.blogspot.com
No comments:
Post a Comment